Halal Hub Produk Muslim

One stop station to find the halal products from Muslim manufacturers and producers in Malaysia

Desaku Marketing

Posted by ddrn on April 5, 2009

Visi dan Misi Syarikat
  • Memasarkan Produk Halal Keluaran Industri Desa Ketahap Antarabangsa
  • Membantu membangunkan Industri Desa dan mewujudkan peluang perniagaan
  • Mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat luar bandar khususnya daerah Sabak Bernam

Profile Syarikat dan Jenama

Perniagaan kami bermula pada tahun 1997 di mana Syarikat Teknologi Desa Hijau Sdn Bhd telah mendapat kontrak mengilang dan memasang ‘transformer’ keluaran syarikat antarabangsa Jepun (Tamura Electronics (M)  Sdn  Bhd). Bersama tekad dan usaha gigih, dengan modal sebanyak RM2600 dibantu oleh 6 orang pekerja kami pernah berada dipuncak sehingga bilangan pekerja mencapai 120 orang dan jualan Syarikat mencecah jutaan ringgit. Pada tahun 2002 kesan daripada krisis ekonomi dunia kebanyakan syarikat elektronik tempatan dan luar negara terpaksa gulung tikar. Kami tidak terkecuali terkena tempias krisis yang sangat dahsyat ini, tetapi berkat dari kesabaran syarikat kami mampu terus bertahan sehingga sekarang dengan bilangan perkerja seramai 20 orang (Kini dikenali sebagai Mudah Niaga Enterprise)

Memandangkan potensi industri elektronik semakin suram di Malaysia maka kami membuat beberapa kajian untuk mencari alternatif bidang perniagaan baru. Akhirnya kami membuat keputusan menceburi bidang perniagaan berasaskan minuman dan makanan. Pada tahun 2002 produk pertama kami iaitu Pati Sirap Ros 200ml dan 375ml mula memasuki pasaran. Atas beberapa perkiraan, syarikat Teknologi Desa Hijau Sdn Bhd di ubah mengambil peranan sebagai pengeluar makanan dan minuman sementara Mudah Niaga Enterprise sebagai syarikat yang mengendali perniagaan elektronik.

Kini, setelah hampir 4 tahun berniagaan, dengan pertambahan rangkaian produk mencecah jumlah ratusan jenis, dengan pengurusannya semakin kompleks, Desaku Trading ditubuhkan khusus untuk menguruskan segala urusan  jualan dan pemasaran secara borong manakala Desaku Maju Marketing ditubuhkan khusus untuk perniagaan di internet. Darinya terbit beberapa sistem pemasaran seperti sistem matahari dan sistem 5 bintang yang menawarkan berbagai kemudahan serta kaedah terkini dalam pemasaran dengan misi dan visi agar kejayaan perniagaan ini dapat dirasai oleh orang ramai.

Terakhir, kami melangkah setapak lagi, menawarkan produk berasaskan herba dengan jenama Bio-Asli yang masyhur dikenali dipasaran sebagai minyak kelapa dara.

Klik di sini ke website syarikat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.