Niena Halal Mart

Niena Halal Mart adalah bernaung di bawah syarikat Niena Marketing Services, No. Pendaftaran 002033328-V bertempat Taman Melati, Kuala Lumpur.

Syarikat merupakan pengedar dan pemborong produk makanan dan barangan buatan muslim dan halal.

Pihak syarikat mencari Wakil-wakil jualan dan Rakan niaga bagi kawasan KL dan Lembah Klang.

Kepada PENGUSAHA RESTORAN, HALAL MART, KEDAI RUNCIT, CAFE etc kami ingin pasarkan produk dari Niena Halal Mart kepada anda. Produk-produk FROZEN kami adalah halal, cepat disediakan, berkualiti dan sedap!

Marilah kita bersama sama memartabatkan produk buatan orang Islam yang bersih, halal lagi suci dan barakah. Insha Allah.

Cahaya Mentari Marketing


Cahaya Mentari Marketing adalah sebuah syarikat milik 100% bumiputera yang diperbadankan pada 8hb Disember, 2009. Penubuhan syarikat ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk melahirkan usahawan bumiputra dalam bidang Pemborongan. Cahaya Mentari Marketing pada dasarnya terlibat secara langsung dengan aktiviti pemborongan produk-produk Halal keluaran Bumiputra Islam Malaysia umumnya, dan memasarkan produk tersebut ke pasaran tempatan.

Cahaya Mentari Marketing berhasrat untuk menjadi peneraju kepada Pemborong & Pembekal produk Halal utama Malaysia dengan hasrat untuk membantu usahawan bumiputera umumnya memasarkan produk mereka kepada setiap penduduk Malaysia. Misi kami adalah untuk membekalkan produk Halal yang berkualiti tinggi serta menyediakan khidmat pelanggan yang terbaik.

Cahaya Mentari Marketing juga menjanjikan pemasaran yang luas serta khidmat pelanggan terbaik supaya setiap barangan yang dipasarkan dapat sampai tepat pada masanya kepada pengedar. Berbekalkan pengalaman dan kekuatan syarikat, kami yakin setiap pelanggan akan berpuas hati dengan khidmad yang ditawarkan beserta harga yang berpatutan kepada mereka yang berminat menjadi pengedar kepada produk-produk yang kami tawarkan.

Selain itu kami juga telah melebarkan sayap dengan menjual beberapa barangan keperluan anda selain makanan iaitu baju, barang digital dan lain.
Visi Syarikat

Syarikat beriltizam untuk memastikan setiap insan akan menikmati produk-produk halal keluaran usahawan tempatan, di samping membantu usahawan memasarkan produk mereka sekaligus merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Negara.
Misi Syarikat

Menjadi salah satu Pemborong dan Pembekal utama produk bumiputera yang berkualiti dalam pasaran negara.

Kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mengambil makanan dari sumber yang halal merupakan salah satu faktor mengapa bidang ini mempunyai pasaran yang luas bukan sahaja di dalam negara, malah menjangkau sehingga seluruh dunia. Usaha ini diharapkan akan dapat memacu perkembangan ekonomi negara serta mampu memberi peluang perniagaan kepada mereka yang berminat menceburi bidang perniagaan.

Produk Islam sebenarnya banyak

Produk keluaran orang Islam sebenarnya byk!

Saji telah mengeluarkan banyak produk antaranya minyak masak, mi segera, susu manis, mentega, marjerin dan yang terbaru ini mereka telah melancarkan produk mandian jenama Purich. Tidak lupa juga produk mandian melayu dari Johor Corporation yang sudah lama ada dipasaran iaitu Secret Garden.

Tetapi dalam kita menyokong dan teruskan pembelian produk melayu ini. Ramai antara kita sebenarnya masih tidak tahu tentang produk-produk ini. Ini kerana maklumat tidak sampai kepada mereka, bukan kerana mereka tidak mahu menyokong.

Sebarkan agar lebih ramai orang tahu akan produk keluaran Muslim yang lebih berkualiti, dijamin halal tanpa was-was kandungannya. Dan yang lebih penting setiap bayaran anda untuk membeli produk ini akan disalurkan kepada zakat.

Apa lagi rakan-rakan tunggu? Mari kita jihad ekonomi dengan cara membeli barangan buatan Muslim dan juga membeli belah di kedai orang Islam.

.

Bihun dan Laksa Hajar

Satu lagi produk bihun berkualiti keluaran Usahawan Islam.
http://www.cahayamentarimarketing.com/bihun-dan-laksa-hajar/

Seperti yang kita sedia maklum, adalah amat sukar untuk mendapatkan bekalan bihun halal keluaran bumiputera. Sekali lagi, Cahaya Mentari Marketing mengambil inisiatif untuk mendapatkan dan mengedarkan produk berkualiti iaitu bihun dan laksa di pasaran.

Kualiti bihun ini adalah standing dengan produk bihun lain yang di impot mahupun yang sudah berada di pasaran. Antara kelebihannya adalah bihun ini tidak mudah kembang apabila direndam serta enak dimakan. Selain itu melalui testimoni pelanggan, mereka mendapati bihun ini juga lambat basi.

Bihun dan Laksa Hajar juga telah mendapat pengiktirafan dan diberi logo MESTI iaituMakanan Selamat Tanggungjawab Industri dibawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu ianya sekaligus dijamin dari sudut kualiti dan keselamatan produk khususnya kepada pengguna.

Pilihlah yang bersih lagi Halal

Sekarang tengah hot berita mengenai kilang yang tidak bersih dan berdekatan dengan kandang babi.

Apapun, kita sebagai orang Islam hendaklah mengambil perkara Halal Haram ini dengan serious kerana darah yang mengalir di dalamnya benda haram tidak dibenarkan memasuki syurga, Astaghfirullah.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=602682843107089&set=p.602682843107089&type=1&theater

Berhati-hati dalam memilih produk makanan,  Di dalam gambar ini adalah sebahagian produk yang dikeluarkan oleh non-Muslim.  Makanlah makanan yang disediakan oleh orang Islam, insya Allah lebih baik dari makanan yang disediakan oleh orang bukan Muslim dari segi kesucian dan keHalalan.

Az-Zain Meat and Marine Foods

AZ-ZAIN merupakan syarikat yang pertama di Malaysia bukan sahaja fokus terhadap isu-isu Hallalan Thoyiba malah menawarkan makanan berfungsi dengan mengadunkan, makanan sunnah, herba terpilih dan bahan mentah yang berkualiti.Formulasi AZ-ZAIN sangat berbeza dan nyata berbeza, semua formulasi AZ-ZAIN diperkayakan dengan makanan berfungsi seperti innulin (pre-biotik) manna-wasalwa (Arabic Gum dari Sudan) rice–bran (kaya anti-oxidan), ekstrak kurma dan banyak lagi bahan yang menawarkan pelbagai faedah kesihatan.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk melayari laman sesawang AZ-ZAIN. Di sini anda akan mempelajari dan memahami bagaimana makanan 100% Hallalan Thoyiba sampai ke pinggan anda. Anda berhak mendengar cerita sebenar mengenai makanan yang menepati syarat Hallalan Thoyiba ini daripada kami AZ-ZAIN dan saya Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja.
Harapan kami agar laman sesawang ini dapat menjadi sumber rujukan untuk anda mempelajari bukan tentang produk-produk AZ-ZAIN tetapi menghayati Fiqh keutamaan dan Jihad Muammalat supaya kita bersama menjadi hamba yang taat kepada semua perintah Allah SWT.
Insya Allah dengan izin Allah SWT, AZ-ZAIN berusaha sedaya upaya untuk terapkan kesemua aspek Maqasid Syariat (tuntutan agama) dalam menyediakan makanan 100% Hallalan Thoyiba, yang digelar dalam dunia perubatan sebagai makanan bernutrisi dan berfungsi.
Umat Islam perlu memerdekakan daripada menjadi hamba kepada kufar musyrikin yang sengaja merancang untuk mencacatkan aqidah Umat Islam dengan meracuni makanan Umat Islam dengan semua bahan-bahan yang jelas diharamkan Islam.
Dalam beberapa tahun, AZ-ZAIN telah membina reputasi sebagai pembekal makanan Hallalan Thoyiba yang dipercayai sejajar dengan itu, AZ-ZAIN akan sentiasa dinamik walaupun dengan keadaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah. Kami juga akan sentiasa menawarkan harga yang berpatutan di dalam keadaan yang menguntungkan semua orang.
Kehidupan yang sihat.
Jika kehidupan yang sihat bergantung kepada pengetahuan mengenai tubuh sendiri, maka mengetahui apa yang dimakan dan dari mana ia datang adalah sama pentingnya untuk menjaga amal ibadah kita supaya  doa dan ibadat kita diterima Allah SWT.
Makanan berfungsi adalah makanan atau komponen pemakanan yang mampu membekalkan faedah kesihatan yang melangkaui asas nutrisi. Kita boleh mengawal kesihatan melalui pemilihan makanan, dengan mengetahui sesetengah makanan yang mampu membekalkan faedah kesihatan yang lebih spesifik.
Dari Meja
Ketua Penyelidikan & Pembangunan
Berkhidmat Untuk Ummah
Dr. Mohamad Zainol Bin Ahmad Haja

Bihun

Sokong Bihun Muslim yang menjaga kesucian syarié Islam:
1.Faiza …
(utamakan Faiza Bersamamu Tv3)
2.HPA
3.Jasmine
4.Beras Era
5. Sufi

Elakkan Bihun buatan non-muslim yang belum tentu kesucian proses penyediaannya

1.CAP Bintang
2.CAP Jati
3.CAP Eka
4.CAP Orang Kampung
5.CAP Twenty Twenty
6.CAP Masjid
7.CAP Nyonya
8.CAP Kris
9.CAP Laksa Kampung
10.CAP Laksa Silat
11.CAP Kapal Layar
12.CAP Syairiah
13.CAP Cili
14.CAP Ketupat
15.CAP Langsat
16.CAP Cabai Burung
17.CAP Bunga Kangkung
18.CAP Cik Yati
19.CAP Pheonix

Marjerin

Saya tak makan marjerin, hanya makan butter
Walau bagaimanapun di sini ingin SHARE senarai produk marjerin non-Muslim dan senarai produk Muslim yang setanding dengannya.

Produk non-Muslim :

1. Lady’s Choice
2. Planta
3. Nutella
4. Skippy
5. First Choice
6. Daisy
7. FarmCows
8. Bunga Mas
9. Bunga Mewah
10. Dorina
11. Wangsa
12. Puteri
13. Naturel
14. Vitalite
15. Anchor
16. Mother’s Choice

Sokong produk pengeluar Muslim yang menjaga kesucian dari syari’e Islam:
1. Sunbear Peanut Butter/Chunky/Chocolate
2. Kaya Pandan Gardenia
3. Agromas Kaya
4. Adela Marjerin
5. Pelangi Marjerin
6. Super Creamlite Marjerin
7. Palm 365 Marjerin
8. Mariana Marjerin
9. Alif Marjerin
10. Adela Butter

Kedai Runcit Muslim berdekatan

Rangkaian kedai runcit Melayu Muslim yang menjual barangan halal sahaja.  Mudah lah bagi pengunung untuk mencara barangan harian yang halal, tak perlu nak belek-belek lama dan teliti jika berada di kedai atau supermarkaet .  Kita tahu bahawa kita ada  kedai produk HALAL milik Muslim.

Sokong saudara seIslam kita, jom majukan ekonomi Islam.

**KL, SELANGOR, JOHOR, NEGERI SEMBILAN, PERAK, PAHANG, TERENGGANU SHJ
Image

LEMBAH KELANG

1.Az-Zain Taman Nirwana, Ampang, KL
No.17, Jln Nirwana 35, Taman Nirwana, 68000 Ampang, KL
012-324 8081

2.Az-Zain Wangsa Melawati, KL
41-G, Jln Setia 1, Wangsa Melawati, 53300 KL
013-397 3207

3.Halal Mart Taman Melawati, KL
No.9163, Jln Negara, Taman Melawati, 53100 KL
018-262 7050

4.Kedai SRM (Sahabat Roselle Marketing) Puchong, Selangor
Kedai SRM,Jln Tasik Prima , 5/1,Tmn Tasik Prima, Puchong, Selangor
019-777 3094

5.Az-Zain Taman Sunway Batu Caves, Selangor
No.44, Jln SM3, Taman Sunway Batu Caves, Batu Caves, Selangor
012-288 2265

6.Az-Zain Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
No.31-G-01 Jln Medan PB2B, Seksyen 9, Pusat Bandar Baru Bangi,43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
013-592 3501, 019-324 1900

7.Az-Zain Taman Kajang Impian, Bandar Baru Bangi
NO.11,Jln Kajang Impian 2/1,Tmn Kajang Impian 43650 Bdr Baru Bangi,Selangor
013-394 7134

8.Halal Mart Batu 18, Kajang,
Lot 1065 (53-8), Kg Sungai Tangkas, Batu 18, Kajang
012-338 0100

9.Halal Mart Bandar Bukit Mahkota, Kajang
No.46, Jln BM 4/1, Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota,4300 Kajang
010-401 5299

10.Halal Mart Bandar Seri Putra, Kajang,
No.27, Jln Seri Putra 1/2, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang

11.Az-Zain Taman Klang Sentral, Selangor
No.21, Jln Klang Sentral 10/Ku 5, Taman Klang Sentral, Klang, Selangor
019-280 8680

12.Az-Zain Jalan Ipoh, Rawang, Selangor
No.4, Jln Bersatu 8, Taman Bersatu Batu 17, Jln Ipoh, Rawang, Selangor
012-200 9349,013-320 9747

13.Az-Zain Taman Tun Dr Ismail, Selangor
No.6, Jln Opera J, Seksyen U2, Taman TTDI Jaya,40150 Shah Alam,
017-204 3569

14.Halal Mart Seksyen 3, Shahalam
Wisma MAIS, Blok 1, Seksyen 3, Shah Alam
013-291 7012

15.Az-Zain Taman Bukit Subang, Shahalam
No.2, Jln Spektrum U 16/16, Taman Bukit Subang, Shah Alam
013-592 3501,019-324 1900

16.Az-Zain Seksyen 15, Shahalam
No.9, Jln Tukul P15/P, Seksyen 15, 40200 Shah Alam
013-393 5103

17.Az-Zain Subang Perdana, Seksyen U3, Shahalam
No.3, Jln Dinar B U/3, Subang Perdana, Seksyen U3,Shah Alam
012-281 1891

18.Az-Zain Putra Height,Subang Jaya
No.23, ground floor, Jln Putra Height 7/6C, Putra Height,47650 Subang Jaya
012-220 9411

19.Az-Zain USJ 9/5Q, Subang Jaya
No.8, Jln USJ 9/5Q, Subang Jaya
013-393 5103

20.Az-Zain Kg Melayu Subang Jaya
No.16,Jln Bumi AW U5/AW Seksyen U5
013-500 0819

21.Az-Zain Bandar Saujana Utama, Sg.Buloh, Selangor
No.58, Jln Bidara 9, Bandar Saujana Utama, 47000 Sg. Buloh, Selangor
019-352 5455

22.Halal Mart Taman Desa Sentosa, Hulu Langat, Selangor
No.5 Jln 6 Tmn Desa Sentosa 43100 Hulu Langat, Selangor
019-545 3144

23. Ezad halalmart
Lot 9012, no B1 pasar tani selayang baru 68100, batu caves, selangor..
0172336643

NEGERI SEMBILAN

23.Az-Zain Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
No.C-9G, Jln Jati 9, Taman Acacia, Bandar Baru Nilai,71800 Nilai
012-923 5797

24.Halal Mart Bandar Baru Ampangan, Negeri Sembilan
No.57, Jln Pulasan, Bandar Baru Ampangan,70400 Seremban
012-607 0767

25.Halal Mart Seremban Jaya, Seremban, Negeri Sembilan
26.No.2316, Jln SJ10/1, Seremban Jaya, 70400 Seremban
012-608 3284, 016-219 3354

 

JOHOR

27.Halal Mart Bandar Putra, Segamat, Johor
No.18, Jln Putra 2/23, Bandar Putra, 85000 Segamat, Johor

28.Kedai SRM (Sahabat Roselle Marketing) Pasir Gudang, Johor
No.22, Jln Sejambah 14, Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor
0197835476

29.Kedai SRM (Sahabat Roselle Marketing) Bandar Baru Uda, Johor
No.3, Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor
019-7773022

30.Kedai SRM (Sahabat Roselle Marketing) Taman Impian Emas, Skudai
No.32, Jln Impian Emas 7, Taman Skudai Emas, Skudai, Johor
019-770 3029, 07-5582 779

31.Kedai SRM (Sahabat Roselle Marketing) Taman Mutiara Rini, Skudai
No.33, Jalan Jasa 64, Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor
019-7773064

32.Kedai SRM (Sahabat Roselle Marketing) Taman Universiti, Skudai
No.28, Jalan Kebudayaan 1A, Taman Universiti, Skudai, Johor
019-7770048, 07-5203606

 

PERAK

33.Halal Mart Ipoh, Perak
No.29, Jln Ampang Baru 6A, Ampang, Ipoh, Perak
013-530 1948

34.Halal Mart Parit Buntar, Perak
No.1, Bangunan Local Agenda, Jln Sekolah, Parit Buntar, Perak
017-406 3473

35.Halal Mart Taiping, Perak
No.1, Jln Changkat Maju, Changkat Jering, Taiping, Perak
013-430 4321,013-520 1326,05-8551 314

36.Halal Mart Ulu Kinta, Perak
No.33, Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan,31150 Ulu Kinta, Perak
019-578 5975

37.KOHALAL Medan Gopeng,
Lot 101 Silveritage , Galleria Kompleks PKNP, Medan Gopeng, 31350 Ipoh, Perak.
05-313 1310,05-313 6761,05-313 1760

38.KOHALAL Kamunting
Lot 79,Groung Floor Jln Medan, Perwira 1,Medan Perwira, 34600 Kamunting, Perak.
05- 808 5507

39.KOHALAL Kuala Kangsar
No 40,Taman Raja Idris,33000, Kuala Kangsar, Perak
05-777 5507

40.KOHALAL Simpang
Lot 12617,Jln Kg Dew, 34700 Simpang, Perak
05- 847 5507

41.KOHALAL Bagan Serai
No 2, Lintang Maju, 34300 Bagan Serai, Perak
05-721 7216

42.KOHALAL Seberang Perak
No 11,Kedai MDPT, Seberang Perak 36000 Teluk Intan, Perak
05-655 2394

 

PAHANG

43.Halal Mart Jln Kemaman, Kuantan, Pahang
No.1, Lot 870, Mukim Sg. Karang, Tanjung Tengah,Jln Kemaman, 26010 Kuantan, Pahang
012-285 7558

44.Halal Mart Kemaman, Terengganu
No.820, Bangunan PMINT, Perumahan Kos Rendah,Batu 4 1/2 Binjai, 24000 Kemaman, Terengganu
019-915 1862

Restoran milik Melayu

Zaman kini ramai yang gemar makan di restoran terutamanya Fast Food.  Makan yang halal itu sangat penting kerana jika makanan yang tidak halal menjadi darah daging seseorang itu, maka diharamkan memasuki ke syurga.  Berikut adalah senarai restoran Melayu dan Kafir, maka anda fikirkanlah sendiri
Melayu ada fast food sendiri! Baca sampai habis!Sokong Sokong milikan Melayu
1.Kfc (Milik Johor Corp)
2.Burger King (Milik Ekuinas)
3.A&W (Milik KUB)
4.Pizza Hut (Milik Johor Corp)
5.Rasamas (Milik Johor Corp)
6.Ayamas (Milik Johor Corp)
7.The Manhattan Fish Market (Milik Ekuinas)
8.Poppeyes (Milik Ekuinas)
9.San Francissco (Milik Ekuinas)
10.Tutti Frutti Ice Cream (Milik Naza)
11.Ramly Burger (dijamin masih milik melayu)
12.Otai Burger (Melayu)
13.1901 Hot Dog Fast Food (Melayu)
14.Burger Bakar Abg Burn (Melayu)
15.HPA Radix Fried Chicken (RFC)
16.Old Malaya Kopitiam (Selangor)
17.Lam Yong Kopitiam (Selangor)
18.Jonker Walk Kopitiam (Selangor)
19.Lay Pak Kopitiam (KL)
20.Umai Kopitiam (Negeri Sembilan)
21.Pak Tam Kopitiam (Negeri Sembilan)
22.Manjung Kopitiam (Perak)
23.D’Impian Kopitiam (Johor)
24.Mai Kopitiam (Kedah)
25.The Loaf
Elakkan makan di Restoran milik Kafir kerana kebanyakannya tak ada pengiktirafan Halal dari JAKIM dan ada diantaranya mempunyai keraguan.  Lagipun tukang masaknya bukan Muslim dan masakan air tangannya tidak sesuci dari tangan Muslim yang berzikir kepada Allah.
1.The Chicken Rice Shop
2.Old Town White Coffee
3.Mc Donald
4.Kenny Rogers
5.Papa John’s Pizza
6.Wendy’s Hamburger
7.Krispy Kreme
8.Starbucks Coffe
9.Kyros Kebab
10.TGi Fridays
11.Dave’s Deli
12.Baskin Robin’s
13.Coffee Bean
14.Domino’s Pizza
15.Carls JR
16.Secret Recipe
17.MarryBrown
18.Dominos Pizza
19.Kemaman Kopitiam
20.Papapparich
21.Pak Li Kopitiam
22.Pak Hailam Kopitiam
23.Mr.Kaya Kopitiam
25.Roti Bakar Kopitiam
26.Victoria Station
27.ChaTime
28.Nando’s
29.Dunkin Donuts