Zayraz’s Chocolate Factory

ZYRAZ’S Chocolates are Trademarked in Malaysia with full HALAL Certification by the Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) and are hand made. All our productions operatives are Muslims who practice stringent health and safety compliance.

Zyraz’s Chocolates are made with 100% Vegetable derivatives and are Suitable for Vegetarian. As we process nuts in some of our products, along with some lines of seafood extracts, nuts and allergy sufferers are requested to check their doctors before consumption. Our products are developed by ZYRAZ TECHNOLOGY SDN BHD and manufactured by ZAIRA FOOD TECHNOLOGY(NS809H), which is our manufacturing plant in Kuala Pilah, Negeri Sembilan. The premises are leased to ZAIRA FOOD TECHNOLOGY (ZFT) and is a subsidiary of ZYRAZ TECHNOLOGY SDN BHD.

Although some designer product lines and custom made orders are made by ZYRAZ TECHNOLOGY SDN BHD, the products are the same. We DO NOT OUTSOURCE our manufacturing nor do we employ a contractor to do so. We are also compliant to the FAIR TRADE PRACTICES where best prices are given to the producers. All our development are done in-house at our Damansara office where we look into new products to entice your taste buds.

Our products are randomly tested at MARKET LEVEL by independent government agencies, so there are checks in place to ensure the product you consume is of high standard. Meaning that we don’t send the products off to the labs ourselves, but someone from the government compliance agency will purchase our product from a local store randomly and test them at different independent labs. This is a sure way to ensure our products are not perked up and delivered just for inspection sake. This is in accordance to our compliance of MUIS HALAL-MQ requirements and are part of our ISO9002 QMSA procedures. ISO9002 means we manufacture and deploy our own products and this is despite we develop our own in-house products.This is in line with FDA requirements for export of food products to US and countries that adopt that standard.

To contact our marketing personnel for custom made orders or such, please call Ms Azian at 019-2177603 or send her a text message if out of coverage area. You can direct any emails (Preferred) to AZIAN -[at]- ZYRAZ.COM with your nature of inquiries, or on Facebook https://www.facebook.com/zyrazweb

Muslim Choice


EMSEA Marketing Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat BUMIPUTERA MELAYU MUSLIM yang ditubuhkan pada tahun 2008. Ia merupakan syarikat pengeluar rangkaian produk HALAL LAGI MUSLIM dengan jenama MUSLIM CHOICETM.

Misi EMSEA Marketing Sdn. Bhd. adalah untuk memasarkan rangkaian produk MUSLIM CHOICETM untuk memenuhi permintaan dan keperluan industri produk HALAL yang pesat berkembang di seluruh dunia.

Asas perniagaan ini adalah untuk memasarkan rangkaian produk minuman, makanan kesihatan, kosmetik dan dandanan diri HALAL yang berasaskan MADU LEBAH dan herba terpilih yang dihasilkan di kilang kami di Taman Industri Kilang IKS MIEL, Kuala Kangsar, PERAK dan syarikat-syarikat gabungan di seluruh Malaysia.

Sejajar dengan ini, satu kaedah piawaian pengilangan HALAALAN THOYYIBA diperkenalkan di kilang kami dan rangkaian kilang bersekutu di dalam usaha untuk menghasilkan produk yang benar-benar menepati syara’. Oleh itu, berteraskan slogan “HALAL LAGI MUSLIM” adalah lambang komitmen kami kepada kepuasan dan manfaat terbaik kepada pengguna.

Keupayaan kami untuk menceburi dunia perniagaan yang serba dinamik dan mencabar ini merupakan satu cabaran positif kepada kami di EMSEA Marketing Sdn. Bhd. Dengan pengetahuan dan kemahiran di dalam teknologi pengilangan terkini dan dengan pengalaman luas kami di dalam pengeluaran dan pemasaran produk pengguna, adalah dijangkakan usaha kami akan dikenali di peringkat global dan produk kami INSYAALLAH akan mendapat tempat di hati pengguna Muslim seluruh dunia.

Klik di sini untuk ke laman web syarikat

Desaku Marketing

Visi dan Misi Syarikat
  • Memasarkan Produk Halal Keluaran Industri Desa Ketahap Antarabangsa
  • Membantu membangunkan Industri Desa dan mewujudkan peluang perniagaan
  • Mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat luar bandar khususnya daerah Sabak Bernam

Profile Syarikat dan Jenama

Perniagaan kami bermula pada tahun 1997 di mana Syarikat Teknologi Desa Hijau Sdn Bhd telah mendapat kontrak mengilang dan memasang ‘transformer’ keluaran syarikat antarabangsa Jepun (Tamura Electronics (M)  Sdn  Bhd). Bersama tekad dan usaha gigih, dengan modal sebanyak RM2600 dibantu oleh 6 orang pekerja kami pernah berada dipuncak sehingga bilangan pekerja mencapai 120 orang dan jualan Syarikat mencecah jutaan ringgit. Pada tahun 2002 kesan daripada krisis ekonomi dunia kebanyakan syarikat elektronik tempatan dan luar negara terpaksa gulung tikar. Kami tidak terkecuali terkena tempias krisis yang sangat dahsyat ini, tetapi berkat dari kesabaran syarikat kami mampu terus bertahan sehingga sekarang dengan bilangan perkerja seramai 20 orang (Kini dikenali sebagai Mudah Niaga Enterprise)

Memandangkan potensi industri elektronik semakin suram di Malaysia maka kami membuat beberapa kajian untuk mencari alternatif bidang perniagaan baru. Akhirnya kami membuat keputusan menceburi bidang perniagaan berasaskan minuman dan makanan. Pada tahun 2002 produk pertama kami iaitu Pati Sirap Ros 200ml dan 375ml mula memasuki pasaran. Atas beberapa perkiraan, syarikat Teknologi Desa Hijau Sdn Bhd di ubah mengambil peranan sebagai pengeluar makanan dan minuman sementara Mudah Niaga Enterprise sebagai syarikat yang mengendali perniagaan elektronik.

Kini, setelah hampir 4 tahun berniagaan, dengan pertambahan rangkaian produk mencecah jumlah ratusan jenis, dengan pengurusannya semakin kompleks, Desaku Trading ditubuhkan khusus untuk menguruskan segala urusan  jualan dan pemasaran secara borong manakala Desaku Maju Marketing ditubuhkan khusus untuk perniagaan di internet. Darinya terbit beberapa sistem pemasaran seperti sistem matahari dan sistem 5 bintang yang menawarkan berbagai kemudahan serta kaedah terkini dalam pemasaran dengan misi dan visi agar kejayaan perniagaan ini dapat dirasai oleh orang ramai.

Terakhir, kami melangkah setapak lagi, menawarkan produk berasaskan herba dengan jenama Bio-Asli yang masyhur dikenali dipasaran sebagai minyak kelapa dara.

Klik di sini ke website syarikat

HPA

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.

http://www.hpa.com.my

Kilang “GMP” HPA, Kuala Perlis

Pekerja di Kilang HPA, Kuala Perlis sentiasa menjaga standard “GMP”nya.

Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki empat buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba Rossele, Pegaga, Misai Kucing, Jagung, Serai, Pisang dan ternakan Ayam,itik, lembu dan Kambing Organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi. Kilang syarikat HPA terletak di alamat 1)B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis dibawah skim Bank Pembangunan Malaysia.

2)Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis,

3)Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah.

4)Kilang Cola Radix, Kaw.Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani Kedah

5)Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi Kota Kinabalu, Sabah

6)Kilang Air Mineral HPA,Batu 14 Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena Kedah.

7)Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah

Kini Jumlah pekerja kilang HPA melebihi 1000 orang.

HPA4online.Com Produk Halal Tanggungjawap Bersama


Bio Asli

bioasli

Terima kasih kerana memilih BioAsli. Anda sebenarnya telah membuat tindakan dan keputusan tepat kerana telah memilih produk asli dan alami sebagai penawar dan gaya hidup kesihatan anda. BioAsli menyediakan rangkaian produk terbaik dunia, yang telah diperakui oleh sekian ramai pakar-pakar antarabangsa.

Bagi anda yang memilih Bio Asli sebagai peluang peniagaan juga tahniah diucapkan kerana berada dalam peniagaan ‘online’ ini. Dengannya anda mampu menjana pendapatan lumayan secara mudah. Segalanya di hujung jari dan semudah anda menggerakkan jari sahaja. Perniagaan anda akan sentiasa disokong oleh kami dengan pengiklanan yang aggresif dan menarik, meliputi iklan di media cetak, media elektronik, web-TV, klip-klip video yang menghiburkan.

Selain itu segala kecanggihan sistem yang kami sediakan berupa laman web yang mudah dan menarik, sistem SMS yang berkesan, tawaran komisyen yang berbagai, terdapat juga berbagai tawaran hadiah yang berbagai dari masa ke semasa. Yakinlah usaha anda akan menjadi mudah kerana sistem yang canggih, memudahkan menjalankan dan mengembangkan perniagaan online. Antara barangan ialah minyak kelapa dara dan madu.

Akhir kata, bersama-samalah kita berusaha denn gigih dan besungguh-sungguh kerana segala kehebatan produk dan kecanggihan teknologi tidak akan menjamin kejyaaan tanpa perancangan dan perlaksanaan yang betul, bak kata pepatah :
“Jika anda gagal merancang …. sebenarnya anda merancang untuk gagal”.

http://penawaralami.com/bioasli